no comments

(video) Rekabentuk Proton SUV Terbongkar! Cantik Menarik.

Hari ini, beberapa gambar yang dikatakan sebagai Proton Geely Boyue SUV; SUV pertama dari Proton, tersebar di internet. Rasanya, sebelum ini pun banyak gambar-gambar yang dikatakan SUV terbabit sudah tersebar, namun bagaimana pula dengan bahagian dalam kereta terbabit. Kita bernasib baik kerana satu video yang dimuat naik di Youtube memaparkan betapa mengancamnya bahagian dalam SUV tersebut. Video tersebut dimuat naik oleh satu akaun yang bernama meninobytes entertainment.

Pandangan dari sudut penumpang belakang memperlihatkan kenderaan itu dilengkapi dengan pendingin hawa di tengah. Tempat duduk pula disaluti dengan getah ataupun kulit yang berwarna emas.
Video itu juga memperlihatkan bahagian bonet itu yang kelihatan agak luas sehingga boleh menempatkan dua atau tiga baris beg. Wow. Selain itu video terbabit juga sempat merakam bahagian depan kereta itu. Adakah ia bakal didatangkan dengan meter elektronik?


Pada minit ke 1.25, dapat kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Proton menyebut ‘Proton Boleh’ meningkatkan lagi keyakinan bahawa fotaj itu benar-benar memaparkan SUV proton itu. Tonton video penuh dibawah.

 

sumber : Siakapkeli

Facebook Comments