no comments

Video Jelas : Iqram Dinzly Gelar Nabi Muhammad SAW Sebagai “Che Mat: Semasa Siaran Melodi TV3

Saya menyeru Rancangan Melodi TV3 dihentikan serta-merta, kerana kelemahan mereka mengurus acara LIVE Melodi semalam 7 Januari.

Bagi yang belum tahu, semalam, saudara Iqram Dinzley menggelar nama Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam, sebagai “Che Mat”. Anda boleh siasat sendiri di FB atau Youtube.

Alangkan nama Sultan/Agong kalau kita tersalah sebut pun dah boleh dikenakan Akta Hasutan, inikan pula nama seorang Nabi yang teragung.

Saya tidak menuding jari kepada saudara Iqram kerana kita tidak tahu apakah status kesihatan beliau (saya pun tak pasti kenapa ustaz-ustaz yang sahkan status itu, dan bukannya pakar psikiatri).

Namun, saya melihat kes semalam sebagai silap urus acara LIVE, yang banyak kali dibuat oleh TV3.

Tiada salahnya Media Prima menangguh beberapa saat ataupun minit untuk sesetengah acara LIVE, seperti mana yang diamal oleh syarikat media lain (Live Delay), supaya dapat menapis atau memotong konten yang sensitif. Terutama dalam acara LIVE, melibatkan sensitiviti seperti acara lawak, diskusi politik dll.

Kita faham begitu ramai yang mencari rezeki di Media Prima. Maka bagi tidak menghukum secara total, cukuplah digugurkan program Melodi sahaja dari jentera TV3.

Seperti mana yang pernah dibuat oleh Media Prima untuk sebuah bual bicara LIVE mereka yang dikecam kerana menghina isteri Rasulullah.

Lagipula, banyak kali Melodi telah disaman dan KALAH di mahkamah kerana ganggu privasi selebriti (acara ‘terjah’ oleh wartawan Nas Ahmad). Dah berapa kali Melodi turun naik mahkamah, Jan 2009-Mac 2010, Nov 2012, Dis 2013.

Namun, Melodi masih tidak belajar apa-apa lagi. Sudahlah 2018 siap dicanang Melodi telah ubah waktu siaran. Diawalkan dari biasa. Malah, DITAMBAH pula sehingga waktu siaran sejam setengah, lebih dari biasa.

Demi kebaikan Media Prima, yang kini semakin parah kerana slot harga iklan terpaksa ‘dilelong’ murah, kita percaya TV3 masih boleh bertahan jika tampil dan perbaiki keadaan.

Tampil minta maaf.
Hentikan Melodi.
Dan lambakkan idea-idea hiburan yang mendidik di masa akan datang.

Mohon SHARE sebagai tanda petisyen dan menggesa TV3 berbuat tindakan.

p/s: Idea menegur media ini, tidak digemari oleh rakan-rakan trainer atau motivator, kerana terlihat kita ‘tidak mesra media’ di masa akan datang (saya juga pernah berkali-kali bersiaran LIVE di TV3 dan RTM). Namun, saya memilih periuk nasi saya dijaga oleh Allah.

fb : Al Irfan Jani

Facebook Comments