no comments

(Video) Aksi Selamba Pemandu Ferrari Dimaki Mat Motor!

Viral Seorang lelaki yang menaiki motosikal telah dihimpit oleh pemandu Ferrari di jalan Malaysia. Dikatakan bahawa lelaki menaiki Ferrari tersebut telah menghimpit lelaki yang menaiki motosikal namun enggan untuk meminta maaf mahupun mengaku kesalahan beliau melanggar motosikal seorang lelaki yang merakamkan kejadian tersebut.

Berang dengan pemandu Ferrari tersebut , lelaki perakam mengejar Ferrari tersebut dan memaki hamun pemandu Ferrari itu . Pemandu Ferrari 458 italia tersebut tidak menghiraukan perakam video tersebut dan terus memandu tanpa menghiraukan lelaki yang dihimpitnya. Lelaki perakam video tersebut berterusan untuk memprovokasi pemandu Ferrari itu namun juga tidak dihiraukan oleh pemandu Ferrari tersebut.

Lelaki yang memandu Ferrari tersebut berterusan memandu sehingga memasuki lorong yang agak lengang tanpa kenderaan dan memecut Ferrari beliau . Perakam video tidak mampu untuk mengejar lelaki yang memandu Ferrari tersebut kerana Ferrari tersebut jauh lebih pantas dan perakam video tersebut berhenti mengejar.Video ini menjadi viral dilaman youtube dan mendapat lebih dari 200 ribu tontonan . Netizen melemparkan pelbagai komen berunsur kecaman terhadap pemandu Ferrari kerana Pemandu Ferrari tersebut kelihan berlagak tidak menghiraukan penunggang motosikal tersebut . Namun ada juga yang mengecam video tersebut bahawa penunggang motosikal tersebut mungkin dengki denagn pencapaian pemandu Ferrari tersebut.

SUMBER : http://alerttvmalaysia.com/2018/01/10/video-driver-ferrari-berlagak-kena-maki-dengan-mat-motor/

 

 

Facebook Comments