no comments

Lelaki Rogol Isteri Rakan Hanya Kerana Bersuara Lunak

| Seorang lelaki menjadikan alasan terpegun dengan kelunakan suara isteri rakan serumah menyebabkan dia tergamak memperkosa wanita tersebut ketika suaminya tiada di rumah.

Lelaki Rogol Isteri Rakan Hanya Kerana Bersuara Lunak

Suspek dikatakan telah memperkosa wanita berusia 17 tahun itu di Jalan Imbi, Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam. Menurut sumber, suspek yang berusia 20an itu turut menyewa sebuah bilik di kediaman tersebut.

Ketika kejadian, mangsa dan suami sedang mengemas rumah berkenaan dan meminta suspek untuk turut sama membantu. Suami mangsa kemudiannya memberitahu terpaksa meninggalkan rumah seketika kerana ada urusan kerja dan membiarkan mangsa dan suspek menyambung kerja mengemas rumah.

Mangsa kemudian masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi. Tindakan mangsa itu telah menyebabkan suspek terpikat pada kelunakan suaranya dan meminta mangsa untuk mengajarnya menyanyi. Namun kemudian suspek bertindak kasar dengan menarik rambut mangsa sebelum menarik mangsa ke dalam bilik dan memperkosa mangsa.

Suspek juga dikataka memberi idea gila dengan menyuruh mangsa bercerai dengan suami dan berkahwin dengannya. Suami mangsa yang pulang tidak lama selepas itu terkejut dengan kejadian yang menimpa isterinya.

Selepas dimaklumkan telah diperkosa, suami mangsa bertindak memukul dan menangkap suspek. Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee .

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Facebook Comments