no comments

JANGAN TENGOK WANITA CANTIK 2 KALI HARAM TU!

Salam 1Malaysia, hari ini aku singgah Solat Jumaat di Masjid Al-Syakirin KLCC sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Dah agak lama juga aku tak singgah solat di masjid yang unik ni. Setelah Solat Jumaat aku seperti jemaah yang lain berbondong-bondong berjalan ke arah KLCC dengan niat mencari sesuap nasi.

Sesampai aku di pintu masuk ke KLCC mata nakal aku ini terlihat seorang gadis bertundung pendek, berseluar jeans dan berbaju merah jambu ketat sehingga kelihatan payudara yang boleh tahan saiznya berjalan keluar dari KLCC. Bila mata terlihat terus menyerap mengegar hormon lelaki tetapi cepat-cepat aku beristhifar. Dalam Islam bila ternampak wanita cantik tu nikmat tapi jangan toleh 2-3 kali tu dah haram melainkan isteri sendiri. Jadi kawan-kawan aku kata kalau dah ternampak wanita cantik tengok terus jangan kelip2 sebab kalau toleh kali ke dua dah haram…heee teori sendiri ni.

Bagi aku seksi untuk wanita bukan sekadar dedah sana dedah sini ibarat kata orang tua pakai baju tak cukup kain. Banyak juga kejadian wanita yang berpakaian lengkap lebih seksi daripada wanita yang terdedah sana sini. Ramai Wanita Islam berpakaian lengkap nampak lebih seksi apabila berpakaian ketat sehingga semuanya nampak walaupun berlapik kain. Yang paling tragis ada juga wanita yang berpakaian ketat sehingga menampakan “spare tyre” kat depan, tepi dan belakang, sungguh tak sesuailah.

Aku tak nak lah komen banyak-banyak hal aurat dan etika berpakaian wanita islam kerana semua pun dah tahu cuma akau nak kongsikan Firman Allah Surah An-Nur ayat 31 : “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.

SUMBER : DENAIHATI

Facebook Comments