no comments

Baru Berumur 15 Tahun, TAPI Dah Jadi Mangsa ‘Kenduri’ Ramai-Ramai..Alasan Dia Buat Ramai Orang Sakit Hati….

MALANG menimpa seorang remaja perempuan apabila menjadi mangsa ‘kenduri’ sekumpulan lelaki bernafsu binatang dalam satu kejadian di Hulu Palik Bengkulu, Indonesia, baru-baru ini.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang berusia 15 tahun itu berkata insiden tersebut bermula apabila rakan-rakan lelakinya (suspek) berkunjung ke rumah untuk melepak.

Namun sekitar jam 11 malam, kesemua suspek termasuk teman lelakinya menggunakan helah dengan mengajak mangsa keluar bersiar-siar menaiki motor sebelum berhenti di sebuah lokasi bagi melakukan perbuatan terkutuk itu.

Setibanya di kawasan berkenaan, mangsa mendakwa telah dipaksa dan dibawa ke sebuah rumah kosong sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh suspek.

Episode malang remaja itu tidak berakhir di situ sahaja apabila kejadian yang sama berulang sekali lagi pada keesokan harinya.

Apa yang lebih menyedihkan, mangsa dikatakan tetap dirogol oleh suspek meskipun dalam keadaan tidak sedar diri.

Lebih kejam, mangsa ditinggalkan begitu sahaja selepas sekumpulan ‘binatang’ itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.

GAMBAR SEKADAR HIASAN
Bagaimanapun, perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila mangsa berjaya melarikan diri daripada tahanan suspek, Isnin lalu.

Mangsa yang trauma itu telah memaklumkan kejadian berkenaankepada kedua-dua orang tuanya sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, pihak polis Bengkulu Utara, AKBP Ariefaldi berkata setakat ini pihak berkuasa telah berjaya menahan 14 suspek dan 6 orang lagi masih dalam pemburuan.

Menurutnya lagi, semua suspek dalam lingkungan umur 15 hingga 36 tahun itu dipercayai berasal daripada kampung yang sama.– Saksikan Video ini.

Seterusnya

“Walau Kau Dah Rampas Kemudian Terlanjur Dengan Suami Orang, Kau Masih Anggap Diri Kau Ada Maruah..!!”

Saya bercinta dengan suami orang dan sekarang dia sudahpun bercerai dengan isterinya pada Disember 2016. Sudah agak lama, dari April 2016, lelaki bernama ‘A’ itu mula dan kerap mengusik saya. Lama kelamaan saya pun lemah dengan dia dan sudah beberapa kali terlanjur dengan A.

Selama itu juga isterinya bertahan walaupun dia tahu saya mempunyai hubungan dengan suaminya sebab dia mahu mempertahankan rumah tangga dan kasihan pada anak-anak mereka yang berusia setahun dan dua tahun.

Saya pernah berjumpa dengan isterinya dan mengatakan saya tidak mampu meninggalkan suaminya kerana hati dan perasaan saya pada suaminya terlalu kuat. Lagipun suami dia juga memang sayangkan saya, bukannya sayang pada dia.

Kalau saya berada di tempat isterinya, sudah lama saya berundur sebab suami sudah ada orang lain. Tetapi isteri A seperti tiada maruah. Sanggup menunggu suaminya yang jelas dan terang sudah ada perempuan lain. Sedangkan A beritahu saya yang dia sudah tawar hati dengan isterinya kerana perempuan itu suka membebel.

Yang itu saya memang akui betul. Mulut isteri dia memang celupar sebab masa saya mula kantoi mempunyai hubungan sulit dengan A, dia mesej dan maki saya macam-macam. Hello? Tak boleh bagi salam dulu ke? Perlu ke maki saya terus? Saya pun ada maruah.

Saya juga pernah tidur di rumah A sewaktu isterinya pulang ke Kedah. Isteri dia punyalah pemalas. Pakaian bertimbun tak berlipat. Bila tanya pada A, memang A akui isteri dia pemalas. Katanya lagi, isteri dia selalu beri alasan tak sempat nak buat kerja rumah sebab anak-anaknya yang masih kecil. Pada saya, itu semua alasan. Takkanlah waktu anak tidur, tak boleh buat kerja rumah, kan? Kecuali isteri dia memang seorang pemalas.

Sepanjang saya bercinta dengan A, saya diterima baik oleh keluarga A. Ibu dia, angah dia dan kakak ipar dia semuanya senang dengan kehadiran saya. Kata A, keluarga dia memang tidak suka dengan isterinya kerana perangainya yang teruk, mulut celupar, tak pandai memasak.

Angah dia cerita pada saya yang A dipaksa kahwin dengan perempuan itu kerana dia terlanjur dan memang sudah mengandung sebelum kahwin. Jadi, kahwin pun secara koboi dengan belanja RM3,000. Ibu A langsung tak datang, berjumpa pun masa nikah saja. Bercakap pun cuma melalui telefon.

Yelah, perempuan jenis apa kalau sebelum nikah pun dah bawa perut? MEmang patutlah keluarga A tak suka pada dia. Sebab itu jugalah rumah tangga mereka menjadi begini sebab awal perkahwinan sudah tak elok.

Bukan salah saya, keluarga A pun sudah lama membenci isterinya. Masalahnya sekarang, saya tak suka dengan isteri A sebab dia sibuk menganggu hidup saya. Isteri dia siap menghubungi ibu saya dan beritahu apa yang saya telah lakukan. Malah dia menuduh saya sebagai punca dia dan A bercerai.

Pada hari mereka bercerai, mereka bergaduh disebabkan mesej yang saya hantar pada perempuan itu. Memang saya akui saya ada mesej memaki hamun dia tetapi dia memang layak dimaki kerana sebelum ini pun dia beritahu ibu saya yang saya bercinta dengan A. Sampaikan saya kena cari kerja di tempat lain.

Untuk pengetahuan, saya bekerja satu pejabat dengan A. Jadi sekarang ini saya kerap mesej maki isteri A sebab dialah punca saya bergaduh dengan A dan kena cari kerja di tempat lain.

Saya tak faham dengan isteri A ini, tak habis-habis dengki dengan saya. Tak sedar diri ke yang dia banyak salah dan kekurangan? Asyik nak menyalahkan saya saja. Memang dah suami dia tak ada hati dengan dia, dia yang merayu pada suami dia. Sekarang ini pun dia merayu nak rujuk balik dengan suami dia.

Saya kasihan dengan isteri A ini sebab terdesak sangat. Macam perempuan murahan.

Sumber:mediahijrah

 

Facebook Comments